Wednesday, October 13

Lifebuoy saya mana?

hari ni saya nak citer pasal lifebuoy. final paper dah nak hampir, bermakna cuti sem pun akan tiba. saya mengharapkan saya smpat bersama lifebuoy sehingga akhir sem. tapi harapan saya meleset. apabila suatu hari saya menuju ke bilik mandi bersama lifebuoy saya untuk menyegarkan diri. masuk je dalam bilik mandi, saya lihat semua bilik mandi penuh. saya pun 'u turn' balik ke bilik tanpa lifebuoy berada disisi. saya tinggalkan lifebuoy kat atas sinki. lebih kurang setengah jam saya melepak kat bilik, saya kembali ke bilik mandi. malangnya, apabila sampi je kat bilik mandi, saya mendapati lifebuoy sudah tidak berada ditempat saya tinggalkannya tadi. dengan perasaan yang sedih saya mencarinya di seluruh bilik mandi. mungkin dia merajuk kerana saya tinggalkannya tadi dan sekarang mungkin dia bersama dengan orang lain tanpa saya disisinya. setelah puas mencarinya merata kat bilik mandi, saya langsung tidak dapat menjejakinya. saya termenung seketika sambil memikirkan dimana lifebuoy berada. akhirnya saya dapat merasakan lifebuoy berada dalam keadaan bahaya. saya terus ke sebuah tong sampah yang berada dihadapan bilik mandi. saya merasa begitu sedih dan hampa kerana lifebuoy saya ada didalam tong sampah tersebut. sungguh kejam manusia yang meniggalkannya dalam keadaan begitu didalam tong sampah. saya tahu lifebuoy sudah tidak ada didunia ni. saya terus meninggalkannya dengan perasaan yang sangat sedih. saya merasakan diri saya juga telah berlaku kejam terhadap lifebuoy kerana saya telah meniggalkannya dan mendapatkan lifebuoy yang baru di kedai yang berdekatan....

 

Wednesday, October 6

Kenapa dengan roomates?

sejak saya jadi pelajar, saya dah ada banyak pemgalaman hidup bersama roomate.sejak dari sekolah menengah, PLKN, matrik dan sampailah sekarang kat universiti. macam-macam perangai ada. kalau nak cerita daripada sekolah menengah sampai sekarang ni, baik x payah, buat pening je. saya nak cerita pasal roomate saya sekarang sebab merekalah yang mencetuskan keinginan saya untuk menulis entri ni. saya bukan nak mengumpat, tapi saya nak menceritakan keadaan saya berada dengan roomate saya ni.sebab tulah nama blog ni 'amilan matnor' perkongsian kehidupan.so, saya harap kamu semua faham apa yang saya maksudkan. untuk sem 3 ni, saya diterima untuk mendiami kolej. memang saya seronok sebab x perlu nak fikir nak cari rumah sewa pastu nak bayar sewa pulak skali ngn bayar letrik dan air. dengan perasaan yang seronok itu, saya pun terus check-in dalam bilik. bilik yang saya check-in tu dah ada seorang penghuni. sekarang ni saya dah ada roomate A.saya x kesah pun dengan roomate A tu asalkan saya ada katil, locker dan tempat stdy. kami stay together kat bilik tu sehingga ada pendatang baru yakni seorang lagi roomate B. saya x kesah sebab bilik saya maksimum 3 orang. nak dijadikan cerita, roomate B ni ada kawan yang gagal untuk dapatkan kolej. jadi dia buat rayuan. sementara menunggu jawapan rayuan tersebut, dengan murah hati, roomate B telah membenarkan kawannya tinggal dalam bilik kami. sekali lagi saya x kesah sebab kawan roomate B tu xde la menyusahkan saya sangat. tapi yang menjadi isu sekarang ni sampai bila dia nak duduk kat dalam bilik saya???kita tinggalkan dulu isu ini sebab ini bukanlah isu yang utama.lepas beberapa waktu, kawan roomate B ni berjaya untuk tinggal di kolej. so, tinggallah saya didalam bilik saya sekarang ini roomate A dan roomate B.kami tinggal bersama-sama tanpa ada konflik yang serius berlaku. tapi sejak kebelakangan ini, saya mula rasa tidak selesa yang amat sangat berada didalam bilik saya.punca utamanya adalah roomate B ni suka sangat hisap rokok dalam bilik. masa mula-mula dulu dia memang dah hisap rokok, tapi  dia control la sikit sebab dia tahu saya ni xboleh hidup dalam kepolan asap rokok. sekarang ni dah melampau pulak.dah la macam-macam jenis rokok yang dihisapnya, bau pulak memang kuat dan busuk. pastu kalau nak hisap rokok tu bukannya nak bukak pintu ke apa ke, tingkap pun dia tutup skali ngn langsir.memang hati ni panas gila. apa yang membuatkan hati ni lagi panas, habis seluruh bilik ada bau rokok, habis melekat kat pakaian,tuala,cadar,selimut.kalau semua tu barang dia xpela,saya pun malas nak cerita banyak2 nnt jadi mengumpat pulak.ni la roomate saya.

Wednesday, September 29

Water Rafting






``RIVERBUG ASIA``
Haritu amilan pegi gua tempurung. Amilan pegi dengan bas UiTM bersama dengan budak2 Palapes UiTM. Kitorang pegi x salah amilan pada 30/1 tahun ni. Dah lama dah. Salah satu aktiviti kat sana ialah 'water rafting'. Itulah kali pertama buat aktiviti macam tu. Best giler. Kat sana kami dikendalikan oleh satu company yang buat aktiviti 'water rafting' ni. Nama company tu best sangat 'River Bug'. Tak tahu kenapa letak nama tu. Amilan pun tak tanya tauke dia. Takpelah asalkan geng diorang memang best dan sporting habis. Untuk pengetahuan semua diorang pernah buat aktiviti untuk rancangan 'Gadis Melayu'. Gempak kan diorang ni.
p/s:kat bawah ni bukan Gadis Melayu!!!
budak botak a.k.a Palapes

Palapes Laut UiTM
ni dia 'budak bandar' naik lori...


 Mula2 kami naik lori untuk ke hilir sungai. Sorang2 bajet budak bandar. Tak pernah naik lori la katakan. Dahla lalu jalan 'kampung'. Semua 'orang kampung' keluar tengok ragam 'budak bandar' masuk kampung naik lori. Macam2 la budak2 ni. Tapi memang best.


dah macam yang naik pokok kelapa kat belakang tu....


sempat lagi nak posing...

kenapa tu mek oi???main ciku cak ke???

nilah jejaka pilihan kami!!!

nilah geng 'Gadis Melayu' agaknya...?

selori PATI ditahan!!!

macam mana ada class vip ni???

Sunday, September 26

raya 1431H...

ini gambar satu keluarga amilan...alamaaakkk!!!!muka abah xnampak!!!!!
ini adalah keluarga besar amilan.amilan bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan rilex serta cool.setiap kali hari raya kami sekeluarga akan mengambil gambar kenangan.cuba tengok baju kami,semua sama.tahun depan x fikir lagi baju warna apa?
ini pula sedara mara amilan belah ibu...kami adakan hari keluarga setiap tahun!!!
xbestnyer gambar ni...xjelas.tapi xpela sekurangnya keluarga kami bersatu dan bahagia...
haa...ni paling best,ada sate.bakar sendiri pulak tu...sate ni sempena open house.kami selalu adakan open house pada raya ke-3...rugi kalau x datang...tahun depan jemputlah datang,kita bakar sate sama-sama....


gambar ni diambil sebenarnya kerana tertarik dengan view rumput hijau yang segar...tambah lg kereta tu pulak baru basuh...tunggu apa lagi,posing la...

 ini gambar kawan amilan semasa belajar di SMK Agama Melor.semua baik, pilihla...

baru nak blogging...

sebenarnya amilan x pernah pun terfikir nak buat blog ni...tapi sejak 2,3 hari ni terasa mcm nak buat blog pulak...xtahu kenapa...mungkin kerana melihat blog org lain kot...so,terasa macam nak ada blog sendiri...amilan xtahu lg nk tulis apa,sbb xtahu lg apa itu nk blogging...btw,ini facebook amilan...http://www.facebook.com/profile.php?id=1559710617