Wednesday, October 6

Kenapa dengan roomates?

sejak saya jadi pelajar, saya dah ada banyak pemgalaman hidup bersama roomate.sejak dari sekolah menengah, PLKN, matrik dan sampailah sekarang kat universiti. macam-macam perangai ada. kalau nak cerita daripada sekolah menengah sampai sekarang ni, baik x payah, buat pening je. saya nak cerita pasal roomate saya sekarang sebab merekalah yang mencetuskan keinginan saya untuk menulis entri ni. saya bukan nak mengumpat, tapi saya nak menceritakan keadaan saya berada dengan roomate saya ni.sebab tulah nama blog ni 'amilan matnor' perkongsian kehidupan.so, saya harap kamu semua faham apa yang saya maksudkan. untuk sem 3 ni, saya diterima untuk mendiami kolej. memang saya seronok sebab x perlu nak fikir nak cari rumah sewa pastu nak bayar sewa pulak skali ngn bayar letrik dan air. dengan perasaan yang seronok itu, saya pun terus check-in dalam bilik. bilik yang saya check-in tu dah ada seorang penghuni. sekarang ni saya dah ada roomate A.saya x kesah pun dengan roomate A tu asalkan saya ada katil, locker dan tempat stdy. kami stay together kat bilik tu sehingga ada pendatang baru yakni seorang lagi roomate B. saya x kesah sebab bilik saya maksimum 3 orang. nak dijadikan cerita, roomate B ni ada kawan yang gagal untuk dapatkan kolej. jadi dia buat rayuan. sementara menunggu jawapan rayuan tersebut, dengan murah hati, roomate B telah membenarkan kawannya tinggal dalam bilik kami. sekali lagi saya x kesah sebab kawan roomate B tu xde la menyusahkan saya sangat. tapi yang menjadi isu sekarang ni sampai bila dia nak duduk kat dalam bilik saya???kita tinggalkan dulu isu ini sebab ini bukanlah isu yang utama.lepas beberapa waktu, kawan roomate B ni berjaya untuk tinggal di kolej. so, tinggallah saya didalam bilik saya sekarang ini roomate A dan roomate B.kami tinggal bersama-sama tanpa ada konflik yang serius berlaku. tapi sejak kebelakangan ini, saya mula rasa tidak selesa yang amat sangat berada didalam bilik saya.punca utamanya adalah roomate B ni suka sangat hisap rokok dalam bilik. masa mula-mula dulu dia memang dah hisap rokok, tapi  dia control la sikit sebab dia tahu saya ni xboleh hidup dalam kepolan asap rokok. sekarang ni dah melampau pulak.dah la macam-macam jenis rokok yang dihisapnya, bau pulak memang kuat dan busuk. pastu kalau nak hisap rokok tu bukannya nak bukak pintu ke apa ke, tingkap pun dia tutup skali ngn langsir.memang hati ni panas gila. apa yang membuatkan hati ni lagi panas, habis seluruh bilik ada bau rokok, habis melekat kat pakaian,tuala,cadar,selimut.kalau semua tu barang dia xpela,saya pun malas nak cerita banyak2 nnt jadi mengumpat pulak.ni la roomate saya.

No comments:

Post a Comment