Wednesday, October 13

Lifebuoy saya mana?

hari ni saya nak citer pasal lifebuoy. final paper dah nak hampir, bermakna cuti sem pun akan tiba. saya mengharapkan saya smpat bersama lifebuoy sehingga akhir sem. tapi harapan saya meleset. apabila suatu hari saya menuju ke bilik mandi bersama lifebuoy saya untuk menyegarkan diri. masuk je dalam bilik mandi, saya lihat semua bilik mandi penuh. saya pun 'u turn' balik ke bilik tanpa lifebuoy berada disisi. saya tinggalkan lifebuoy kat atas sinki. lebih kurang setengah jam saya melepak kat bilik, saya kembali ke bilik mandi. malangnya, apabila sampi je kat bilik mandi, saya mendapati lifebuoy sudah tidak berada ditempat saya tinggalkannya tadi. dengan perasaan yang sedih saya mencarinya di seluruh bilik mandi. mungkin dia merajuk kerana saya tinggalkannya tadi dan sekarang mungkin dia bersama dengan orang lain tanpa saya disisinya. setelah puas mencarinya merata kat bilik mandi, saya langsung tidak dapat menjejakinya. saya termenung seketika sambil memikirkan dimana lifebuoy berada. akhirnya saya dapat merasakan lifebuoy berada dalam keadaan bahaya. saya terus ke sebuah tong sampah yang berada dihadapan bilik mandi. saya merasa begitu sedih dan hampa kerana lifebuoy saya ada didalam tong sampah tersebut. sungguh kejam manusia yang meniggalkannya dalam keadaan begitu didalam tong sampah. saya tahu lifebuoy sudah tidak ada didunia ni. saya terus meninggalkannya dengan perasaan yang sangat sedih. saya merasakan diri saya juga telah berlaku kejam terhadap lifebuoy kerana saya telah meniggalkannya dan mendapatkan lifebuoy yang baru di kedai yang berdekatan....

 

2 comments: